Suara Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Rosmah Mansor yang sehingga kini masih enggan untuk tampil

 


Suara Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR:  Tindakan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Rosmah Mansor yang sehingga  kini masih enggan untuk tampil ditemubual peguam sebagai saksi dalam kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima kecaman dari orang ramai.

Keadilandaily membuat tinjauan di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapat reaksi mereka dan mendapati rata-ratanya mempersoalkan keengganan perdana menteri dan isterinya itu ditemubual peguam Anwar.

Siti Zulaikha Hamid, 20, seorang pekerja swasta ketika ditemui menyatakan ketidakpuasan hatinya jika Perdana Menteri sewenangnya boleh dikecualikan dari tampil menjadi saksi.Apa istimewanya Perdana Menteri berbanding orang awam? Kenapa dia boleh menolak dan memutuskan beliau terlepas daripada perintah mahkamah. Sebaliknya, kalau orang awam dikenakan waran tangkap.

Menurutnya jika benar mereka tidak terlibat dalam sebarang konspirasi, mereka tidak perlu takut dan perlu tampil beri kerjasama.

Berkongsi pendapat yang sama, Zawil Iznan Izhab, 56 seorang pemandu pelancong berkata, Najib dan Rosmah perlu menghormati keputusan mahkamah jika mereka diarahkan untuk memberi keterangan.

“Ianya mudah, mereka perlu tampil dan tidak perlu takut jika mereka di pihak yang benar,” “Tetapi sekiranya mahkamah tak arahkan, Najib dan Rosmah ada hak untuk membuat keputusan, tapi apa pula pandangan rakyat terhadap mereka?,” soal beliau.

MS Selva, 49, seorang pekerja swasta berpendapat, Najib dan isteri perlu tampil ke mahkamah agar kes itu dapat diselesaikan dengan segera. Ini kerana katanya, rakyat sudah begitu muak untuk melihat kes tersebut.

“Najib dan Rosmah perlu beri kerjasama, kerana jika mereka tahu dan mempunyai bukti. Rakyat sudah letih dengan kes ini yang berpanjangan,” katanya.

Bagi pekerja amal, Kalaivanan a/l Murukan, keengganan Najib dan isterinya yang masih tidak muncul untuk memberikan kerjasama menguatkan lagi anggapannya bahawa terdapat konspirasi yang wujud dalam kes ini.

“Saya tak rasa Anwar bersalah dan kalau betul Najib ada bukti kenapa sampai sekarang masih tak berani nak hadir? Mesti ada udang di sebalik batu,” katanya.

“Kalau dia tak berani ini juga akan menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin kerana enggan beri kerjasama,” kata beliau.

Sementara bagi Ah Meng, 52 seorang peniaga runcit, pula, beliau menyifatkan pemimpin itu sebagai tidak berani untuk ditemubual peguam kerana takut dengan rakyat.

“Apa susah, kalau ada bukti, bagitau sajalah. Tak perlu takut untuk bagitau. Rakyat pun sudah malas untuk dengar kes ini berlarutan,” keluhnya kepada wartawan.

Artikel Berkaitan:

  • Najib Dan Rosmah Takut Naik Mahkamah
  • Fitnah II : Najib Disahkan Hadir Ke Mahkamah – Peguam
  • Najib, Rosmah Muncul Di Mahkamah Secara Sembunyi, Tapi Enggan Jadi Saksi
  • Enggan Ke Mahkamah: Najib, Rosmah Takut Konspirasi Terbongkar
  • Hanya Tinggal 10% Rakyat Yang Masih Menyokong Najib
  • Posting Komentar