Sah, JPN Komplot Dengan BN – Akan Adakah Pilihanraya Adil?

Suara Pakatan Rakyat tidak terkejut dengan pendedahan Malaysiakini mengenai pemegang PR yang bernama Mismah dapat menjadi warganegara dalam sekelip ma

 


Sah, JPN Komplot Dengan BN – Akan Adakah Pilihanraya Adil?

Oleh:  Azman Ariffin

Suara Pakatan Rakyat tidak terkejut dengan pendedahan Malaysiakini mengenai pemegang PR yang bernama Mismah dapat menjadi warganegara dalam sekelip mata.  Apatah lagi bila Pilihanraya dikatakan semakin hampir.

Sudah dikatakan bahawa JPN dan BN bersama-sama SPR sememangnya merancang agar BN kekal berkuasa selamanya di Malaysia.

Lebih buruk, Harakahdaily juga hari ini mendedahkan bahawa bukan hanya Mismah, tetapi terdapat 52 orang atau lebih lagi PR yang menjadi warganegara dalam sekelip mata.

Pastinya, perjanjiannya adalah agar PR-PR ini mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.

Kerana itulah BN begitu berdolak dalih dalam memperkatakan sistem Pilihanraya dan enggan menggunakan sistem dakwat kekal seperti yang dicadangkan oleh Bersih dan pembangkang.

Muslihat BN untuk terus menang pastinya  bermacam-macam dan melangkaui pemikiran kita.  Kita bimbang dengan kuasa BN yang merangkumi polis dan juga mahkamah, selain JPN, SPR dan SPRM, Malaysia tidak mungkin akan dapat menyaksikan pilihanraya yang adil selagi BN memerintah.

Dalam keadaan di mana rata-rata rakyat menolak BN sehinggakan perhimpunan Bersih 2.0 mampu mengumpul hampir 100,000 orang walaupun tindakan diambil lebih awal untuk menyekat kemasukan orang ramai ke Kuala Lumpur,  kita hairan bagaimana BN tetap menang dalam setiap pilihanraya.

Apabila diasak oleh rakyat, SPR cuba menepis dengan memperkenalkan sistem biometrik yang kononnya lebih canggih dari dakwat kekal tetapi ternyata sistem tersebut menimbulkan banyak masalah sehingga menyebabkan pendaftaran PATI juga menjadi huru-hara.

Nampak benar, keputusan untuk menggunakan sistem tersebut dalam pilihanraya hanyalah untuk memudahkan mereka memanipulasi undi.

Perkembangan ini hanya membuktikan lagi yang selama ini BN telah memenangi Pilihanraya dengan cara yang tidak adil.   Bayangkan sajalah berapa banyak wang negara dihabiskan oleh kerajaan BN untuk memastikan kemenangan mereka setiap kali pilihanraya.   Percayalah, semakin kuat sokongan terhadap pembangkang, semakin banyaklah wang negara yang dibelanjakan untuk permainan politik BN.

Ini belum termasuk kos-kos sampingan, antaranya untuk memastikan Dato’ Seri Anwar dipenjarakan. Bayangkanlah berapa ramai saksi dan bukti yang perlu dipalsukan dan semua ini pastinya memerlukan wang.   Wang siapakah yang digunakan BN jika bukan wang negara yakni wang rakyat?

Sedangkan wang tersebut sepatutnya digunakan untuk menjana ekonomi negara dan menjaga kebajikan rakyat bukannya untuk permainan politik untuk mengekalkan kuasa.

Persoalannya, sampai bilakah rakyat akan diperdayakan oleh BN?  Bagaimanakah kita dapat mengembalikan kuasa memilih kerajaan ke tangan rakyat selagi semua badan-badan yang berkuasa dikawal oleh BN?

Apakah kita benar-benar tiada pilihan selain dari menjatuhkan BN melalui jalanraya sahaja sudahnya?

Artikel Berkaitan:

  • Pilihanraya Negeri Selangor Januari 2013
  • Adakah Tabung Haji Akan Jual Ladang Sawit Di Riau?
  • Adakah Sekat Royalti Prinsip Wasatiyyah Umno?
  • Pertemuan Najib-Hakim: Anwar Tidak Akan Dapat Perbicaraan Adil
  • Bonus 2 Bulan Akan Menangkan PR
  • Posting Komentar